Rumah-rumah tradisional Melayu telah diwarisi semenjak beratus tahun yang lalu. Gaya dan bentuk Rumah Tradisional Melayu dipengaruhi oleh cara hidup, ekonomi, alam persekitaran dan iklim.
Iklim adalah perkara yang penting yang mempengaruhi bentuk senibina Rumah Tradisional Melayu. Negara kita mempunyai hawa yang panas dan hujan yang selalu turun dengan lebat. Rumah-rumah dan bangunan dibina dengan berpanggung atau bertiang. Rumah Tradisional Melayu dibina demikian kerana memberi laluan atau pengedaran udara.Rumah Tradisional Melayu yang bertiang dapat mengelak daripada ditenggelami air
apabila berlaku banjir.
Rumah tradisional melayu
Bentuk bumbung yang curam yang dipanggil “lipat kajang” dapat memudahkan curahan air hujan. Lantai dan dinding rumah yang diperbuat daripada anyaman peluhan adalah untuk memudahkan pengedaran udara dan untuk mengurangkam rasa bahang panas.
Rumah Tradisional Melayu yang awal yang digunakan oleh Melayu dipanggil “dangau” atau “teratak”. Bentuk rumah tradisi ini adalah ringkas. Pada masa dahulu, tiang Rumah Tradisional Melayu adalah bulat dan diperbuat daripada anak-anak pokok kayu. Seluruh rumah diperbuat daripada kayu dan bumbungnya daripada atap nipah atau rumbia.
Rumah tradisional melayu
Bentuk rumah tradisional adalah berbeza bagi setiap negeri. Rumah-rumah ini mempunyai ciri-ciri yang tersendirian.
2 komentar:
mantap bang.. rumah baru ye
terima kasih atas kunjungannya, rumah baru tapi tak puas hati, sebab pakai template apa pun tetap crash. penat dah ganti2 simpan script di google. skrg ni dah agak lumayan.
Posting Komentar